Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 merupakan satu program susulan hasil daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019.
Penganjuran MUN 2019 secara julung kalinya oleh MED ini akan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
MUN 2019 merupakan inisiatif MED untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti/program keusahawanan merentasi kementerian/agensi serta pihak swasta dalam satu platform atau ekosistem yang menyeluruh. Di samping itu, penganjuran MUN 2019 ini juga akan bertindak sebagai pemangkin serta roadmap ke arah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030.
Secara idealnya, penganjuran MUN 2019 adalah untuk menyokong peranan utama MED dalam memacu pembangunan keusahawanan negara di mana program ini bertindak sebagai tapak mengukuhkan lagi lanskap keusahawanan sedia ada. Selain itu, MUN 2019 juga berperanan sebagai program utama berorientasikan keusahawanan di peringkat nasional yang diselaraskan oleh MED melalui kerjasama jabatan dan agensi kerajaan serta pihak lain yang berperanan besar dalam menyumbang kepada industri keusahawan negara.
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 bertindak sebagai platform penganjuran pelbagai program dan aktiviti berteraskan keusahawanan.
Objektif-objektif utama yang ingin dicapai di bawah penganjuran MUN 2019 adalah:
Matlamat spesifik yang akan dicapai melalui pelaksanaan MUN adalah seperti berikut:
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 bertindak sebagai penanda aras dalam pelaksanaan program merentasi penganjuran pelbagai aktiviti yang berorientasikan keusahawanan oleh kementerian/agensi atau sektor swasta. Sinergi kerjasama ini merupakan simbolik kolaborasi strategik kementerian bersama semua pihak berkepentingan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan secara menyeluruh.
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 memberi fokus kepada beberapa kumpulan khusus yang merangkumi pelbagai latar belakang. MUN 2019 menyasarkan penyertaan usahawan dan vendor tempatan, syarikat Goverment-Linked Companies (GLCs), kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam & swasta, golongan belia dan B40.
MAJLIS PERASMIAN MINGGU USAHAWAN NASIONAL (MUN) 2019
HALL A, MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK (MAEPS), SERDANG
29 OGOS 2019 (KHAMIS)














| Aktivi | Agensi | Waktu | Tempat |
|---|---|---|---|
| Sesi Interaksi Bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza | Founder Simply Siti | 12.00 pm – 2.00 pm | Hall A |
| Pocket Talk – PUNB, BNM | PUNB & BNM | 3.00 pm – 5.00 pm | Hall A |
| INSKEN Business Outreach | INSKEN | 8.00 am – 5.00 pm | Hall D2 Conference |
| Aktivi | Agensi | Waktu | Tempat |
|---|---|---|---|
| ContentPreneur 2020 | Yayasan KRU | 8.30 am – 12.30 pm | Hall A |
| Pocket Talk – Technology Park Malaysia | Technology Park Malaysia | 10.00 am – 12.00 pm | Hall D2 Conference |
| SE 101 | MaGIC | 3.30 pm – 5.00 pm | Hall A |
Pocket Talk – IKM
|
IKM | 3.00 pm – 6.00 pm | Hall D2 Conference |
| Pocket Talk & CEDAR | SME Bank | 3.00 pm – 6.00 pm | Hall D2 Conference |
| Aktivi | Agensi | Waktu | Tempat |
|---|---|---|---|
| Pocket Talk (Halal Development Cooperation) | Halal Development Cooperation (HDC) | 11.00 am – 11.30 am | Hall A |
| Pocket Talk – Puan Wahedah Abd Rahman (Success Story) | Wahedah Abd Rahman | 11.30 am – 12.00 pm | Hall A |
| Pocket Talk – Kepentingan Ramuan Dalam Pembangunan | UniKL | 12.00 pm – 12.30 pm | Hall A |
| Sesi Bersama Faizal Tahir | PROTÉGÉ | 3.00 pm – 4.00 pm | Hall A |
| Pocket Talk – Halal Lab | UPM | 4.00 pm – 4.30 pm | Hall A |
| Pocket Talk – Majlis Reka Bentuk Malaysia | Majlis Reka Bentuk Malaysia | 4.30 pm – 5.00 pm | Hall A |
| Biz Meet & Go Global: Japan Export Market | SME Corp | 8.00 am – 5.00 pm | Hall D2 Conference |
| Fashion Talk | SiswaPreneur | 3.00 pm – 4.00 pm | Hall D2 Foyer |
















Bank Rakyat akan menganjurkan Rakyat Run 2.0 yang merupakan satu inisiatif bagi mempromosi gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan Aspirasi Ketiga di dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu penekanan terhadap kesihatan dan kesejahteraan.
Program ini juga bersempena dengan Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN2019) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.
Penganjuran Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti/program keusahawanan merentasi kementerian/agensi serta pihak swasta dalam satu platform atau ekosistem yang menyeluruh. MUN 2019 juga akan bertindak sebagai pemangkin serta roadmap ke arah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030 selaras dengan pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
Sebagai satu platform keusahawanan secara menyeluruh yang merangkumi medium hebahan mengenai inisiatif kerajaan berkaitan pembangunan ekosistem keusahawanan selepas pelancaran DKN 2030. Selain itu, MUN menampilkan menampilkan pameran, perkhidmatan, juadah serta produk-produk beridentitikan usahawan Malaysia.
MUN 2019 menyasarkan penyertaan kumpulan-kumpulan seperti usahawan dan vendor tempatan, Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Goverment-Linked Companies (GLCs), Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan, Kerajaan-kerajaan Negeri, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, golongan belia dan B40.
MUN 2019 akan berlangsung selama 4 hari bermula 29 Ogos 2019 sehingga 1 September 2019 dan waktu operasi bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Berdasarkan penganjuran secara julung kalinya ini, MUN 2019 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 hingga 50,000 orang pengunjung termasuk sekurang-kurangnya 3,000 usahawan yang terlibat secara langsung sepanjang program MUN 2019.
MUN 2019 akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Parks (MAEPS), Serdang yang melibatkan kawasan tumpuan utama di Hall A, C, dan D. Selain itu, NadiPutra akan menyediakan perkhidmatan bas shuttle ke MAEPS Serdang di Putrajaya Sentral dan KTM Serdang.
MUN 2019 memberi perhatian kepada keselesaan pengunjung dari aspek penyediaan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan disokong dengan pengangkutan khas untuk OKU dan perkhidmatan trem serta porter. Selain itu, direktori merangkumi layout plan dan senarai pempamer turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Secara umumnya, pembayaran utama adalah dalam bentuk tunai. Namun kerjasama dengan pihak berkepentingan juga telah dilaksanakan dalam menggalakkan penggunaan e-Wallet di kalangan usahawan yang terlibat dalam penganjuran MUN 2019.
Secara umumnya, pembayaran utama adalah dalam bentuk tunai. Namun kerjasama dengan pihak berkepentingan juga telah dilaksanakan dalam menggalakkan penggunaan e-Wallet di kalangan usahawan yang terlibat dalam penganjuran MUN 2019.